Thursday, December 30, 2010

BEST

Hari ni aku nk kongsi hobi aku ngan korang.. asyik cerita pasal cinta pun x best gak an.. so, kali ni aku nk korang lebih knal sape aku sbnrnya.


Mungkin ramai da tau yang salah satu hobi aku mmg mlukis... kalu kat skolah dulu, hari2 dok mlukis. x kesah la cikgu ade @ x.. aku tetap mlukis... start dari darjah 1 sampai la form 5, mlukis je keje aku. ms kat skolah dulu bodo-bodo alang laie.. naik skolah menengah, aku da start improve.. kebanyakkan lukisan aku banyak terpengaruh lukisan manga (kartun jepun). aku pernah gak mlukis mural kat skolah aku, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar. 


Ade 2 mural yang ade sentuhan aku. hehe.. yang mane? blok makmal dan blok komputer. yang jadi kebanggaan aku, tangan robot tuh.. mkn 1/3 dr kluasan mural. aku x sure ade lg atau x.. kalau ade, nnt aku tangkap gmbr k? hehe.. kenangan tu.. ms skola jugak aku ade msuk bbrape petandingan mlukis. tempat keberapa aku xyah ckp la sb aku xleh nk bangga sgt.. haha. kelemahan aku ms skolah dulu, bab kaler. aku mmg malas. pernah skali ms pertandingan mural, file aku hilang. byk woo lukisan dlm tuh.. rs mcm nk nangis pun ade. aku ske bg kwn2 aku tgk lukisan yang aku da hasilkan. bkn nk bangga. tapi aku perlukan dorongan diorang untuk tambahkan lagi semangat aku untuk mlukis. ms aku kat matrik pun aku bt bende yang sama. MELUKIS. mmg da xley stop. ms ni aku banyak hasilkan lukisan potret. blh la.. lgpun aku ade blaja sdikit sbanyak dari kwn aku yang da sememangnya plukis kat pasar seni, kl tu.. lukisan dia mmg hidup. cantik sangat. kalau cita2 aku nk jadi cam dier, mmg aku akn blaja habis-habisan utk improvekan lagi mutu lukisan aku. 


Bile da msuk bidang architecture, aku da slow sket. tapi ms ni, aku da suka kaler. x kesah la manual atau pakai photoshop, aku mmg da improve dlm bab kaler.  tapi skrg aku lbih tumpukan dlm sketching. lukis structure bangunan atau perspektif kat mana2 view. sb sketch ade peranan dalam bidang architecture.


Hobi kedua aku, swimming. kalau tgk dari saiz badan aku sekarang, mungkin ramai yang x percaya. tapi ni la hakikatnyer. aku mmg kaki swimming. kalau masa aku cuti, aku mesti turun swimming kat Pusat Akuatik Paroi hari-hari, pkul 5pm sampai 8pm. swimming la satu2nyer exercise yang aku paling ske buat. kat kolam ni la aku blh buat ramai kawan. x kira la melayu, cina atau india, tua atau muda, semua aku tegur. kalau yang baru nk blaja, aku suka ajar diorang teknik swimming. bkn nk show off. tapi aku nk kongsi ilmu yang aku ade. watpe nk simpan sorang kan? kat kolam la aku ade rmai kwn. doktor, cikgu, lawyer, dan budak2 skola. kebanyakkannye lelaki sb kolam kat sini asing lelaki dan prempuan.


Lagi satu, aku suka tangkap gmbr. tapi sayangnye aku xde duet nak beli DSLR macam kwn2 aku. xpe la... ade rezeki nanti aku beli la sebijik... hehe


Hurrrmmmm.. aku da xde idea nk tulis ape lg.. byk lagi hobi aku.. tapi x perlu la aku cite sb yang lain sume hobi2 biase yang orang lain pun buat.


Haha.. aku baru balik photoshot td.. photoshot la sgt kan.. just hangout ngan mmbr2 aku kat pantai cahaya negeri, port dickson..  best!







Monday, December 20, 2010

LUPAKAN

Aku da memang lali dgn benda ni.. aku xkan salahkan dia ataupun diri aku sendiri. bagi aku ni cuma satu pengalaman aku dalam bercinta. susah nk dikatakan. tapi ni la yang mengajar aku. dalam ape jua hubungan yang aku jalinkan, aku xkan letak 100% perasaan aku. aku pernah menangis sebab cinta.. tapi tu cite lama... masa tu aku blum kenal lagi erti cinta yang sebenar.. macam budak2 sekarang.. satu hari nanti korg akan nampak dan kenal dunia sebenar. 

CINTA memang indah kalau dihargai.. tapi susah nk mencari cinta yang sebenar.. susah nk cari pasangan yang sememangnya ditakdirkan untuk kita. sebab tu kita kita x blh putus asa mencari.. bagi yang da jumpa dan yakin dia ditakdirkan sbg pasangan hidup, baguslah.

aku tetap hepi. aku senyum ms dia bgtau perkara sebenar.. sama ada betul atau x, tu aku x kisah. kalau tu yang diminta, buatlah apa yang terbaik. tak perlu rs marah atau mengutuk bila benda mcm ni terjadi..

belajar dari pengalaman.

lupakan apa yang terjadi.

teruskan hidup.

tu yang terbaik.

Friday, December 17, 2010

5 TIPS BERPASANGAN




1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.
Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?


2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.


3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.


4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.
Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?


5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.
Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.




Tuesday, December 14, 2010

JIKA AKU JATUH CINTA



assalamualaikum..

Ianya bukanlah sebuah puisi, tetapi sebuah doa yang sesuai untuk kita baca dan dikongsikan di laman Tentang Cinta ini. Mudah-mudahan doa ini dapat kita amalkan agar kita jatuh hati pada seseorang bukan kerana dirinya tetapi keranaNya…

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…


Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…


Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…


Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…


Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…


Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…


Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Amin ya rabbal alamin…

____________________________________________________________________


Aku yakin setiap daripada kita mesti nakkan kehidupan yang bahagia dunia dan akhirat... So, tanamkanlah cinta kat Allah SWT dahulu sebelum kita belajar mencintai seseorang.. Aku pun menyesal bila terkenangkan dosa2 lampau aku.. Terutama sekali masa aku couple dulu... couple mmg trend budak2 sekarang.. tapi kesan buruk dia akan hadir di masa hadapan.. bagi yang couple tu, jaga la pasangan elok2... ajak dia dekat kepada Allah.. smbil kita ajak dia, kita pun blh latih diri sendiri utk jadi lebih baik dan dapat rapatkan diri dgn Allah. kita xnk sesuatu terjadi kat keluarga kita sendiri atau keluarga yang akan dibina kelak. setiap perbuatan buruk yang kita pernah buat kat org lain, kelak akan terkena kat diri sendiri.. enjoy memang enjoy.. tapi renung2kan lah... bagi yang single, korg mungkin blh jauhkan diri dari maksiat.. tapi jgn tak muhasabah diri.. kenang balik dosa2 yang kita pernah buat dahulu... 

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun... setiap taubat yang dilakukan dgn ikhlas dan penyesalan, insya-Allah, Allah akan diampuni segala dosa-dosa hamba-Nya.

Aku manusia biasa.. aku pun pernah buat banyak kesilapan. so, aku harap sgt golongan muda sekarang amik berat pasal agama.. jangan menyesal nanti. ajal maut di tangan Allah.. semoga kita semua diberi kesempatan utk bertaubat dan diberkati hidup di dunia dan di akhirat...

Apa yang aku nk sampaikan ni hanyalah nasihat kepada saudara2 seagama dgn aku... terutamanya golongan muda sekarang.. sambil aku nasihat ni, aku pun nasihatkan diri aku sendiri.. aku harap kita dapat amik pengajaran melalui masalah gejala sosial sekarang.

Sebelum tido, duduk dalam bilik, dan muhasabah diri.. cuba fikir dosa2 yang kita pernah buat... dosa kita terhadap Allah, dosa kita terhadap keluarga, dosa kita terhadap kawan2, atau pun dosa kita terhadap kekasih yang kita x penah sedar.. kalau timbul rasa penyesalan, buatlah solat taubat... semoga Allah turunkan hidayah-Nya ke atas hambanya yang sudah bertaubat...

Semoga Allah ampunkan dosa kita semua..

p/s: kalau ape yang aku cakap ni menyinggung mana2 pihak, aku mintak maaf.. ni cuma apa yang selalu bermain kat fikiran aku.. anggaplah ni sebagai nasihat daripada seorang kawan...




Monday, December 13, 2010

BURFDAY

Hari ni birthday adik kesayangan aku... Amirah Syuhada bt. Shahruddin.. Satu-satunya adik perempuan aku.. hadiah, hujung minggu ni aku cuba balik umah... nnt aku beli la bende yg dia suka.. da besar da adik aku nih... da 11tahun... aku ingat lagi dulu masa dia kecik2, dia ckup manja dgn aku... mane aku pegi sume dia nk ikut... kat kampung, sume panggil dia amoi... mane taknye, kulit dia cerah macam mak aku....  tapi sekarang mak aku tetap yang paling cerah.. dia da gelap sket.. maklumlah.. budak skolah... haha.... adik... happy birthday!!! along saaaayyyaaaaaanggggg adik!! (^_^)


Adik dan mak tersayang~

Serentak dgn hari ni jugak, birthday member baik aku, Afiqah Safira a.k.a Angah... member baik sejak sekolah... tapi sekarang da jarang jumpa sebab masing2 sibuk dgn study... cuti pun jarang skali.. huhu... lame kot x jumpa... xpe2... angah, happy birthday! semoga ko berjaya dalam apa jua bidang yang ko ceburi... aku rase elok ko jadi photographer la... tgk gambar2 yang ko tangkap sume cantik2... kalau ko lagi focus dalam bidang ni, mesti ko blh bt duet.. siyes weyh... gud luck yea.... kat sini aku ada buatkan ilustrasi ko...versi kartun.. haha.. aku ni x terrer sangat.. ape2 cacat cela, harap ko maafkan yer... ikhlas nih.. hahaha... yang original xde kaler... so better ko simpan yang nih sebagai kenangan.. ble ko tgk, teringat gak kat aku kan? (^_^)



 

Sunday, December 12, 2010

24 CIRI-CIRI ORANG YANG MENCINTAI KAMU




Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”


PERBEZAAN ANTARA CINTA DAN SUKA



1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.


2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.


3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.


4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.


5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.


6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.


7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.


8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.



PERBEZAAN ANTARA KAWAN DAN KEKASIH

Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH...
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH...
ANDA tergolong dari yang mana...???

hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati ...berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....

Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..?
KAWAN pengubat kesunyian,
KEKASIH penyembuh kelukaan.

Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?
KAWAN tempat mengadu,
KEKASIH tempat bermadu.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak bisa disisih...
KAWAN menghulurkan bantuan
KEKASIH menghulurkan sokongan.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan...
KAWAN sekuntum senyuman,
KEKASIH sepenuh perhatian

Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu...?
KAWAN sejujur kata,
KEKASIH setulus setia
KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman.. tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita

JIKA KAWAN itu KEKASIH...dan KEKASIH itu KAWAN...
perlu lah dihadiahkan "Sedalam lautan Setinggi kayangan" kerana "Kasih sayang tiada sempadan" tapi sayang...
KEKASIH tetap KEKASIH...
KAWAN tetap KAWAN...
perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..

Tuesday, December 7, 2010

EXCITED!

Haha.. permulaan sem baru.. excited giler sb sem ni aku ade dua klas english.. sebab sem lps klas aku xblh amik english sb kekurangan lecturer.. so, klas english utk sem5 dibawa ke sem 6.. sem ni la kan.. haha.. mmg best.. tambahan lak dapat lec yang sporting. TERBAAAEEKK!


First skali.. Mr. Julainus Tan.. lecturer Technical English 4 aku.. first class pada hari Isnin klas dia la. tu pun kul 2.15pm.. aku rs dia sorg yg polite n blh buat kwn. kira mcm x susah la nk rapat ngan dia.. lgpun aku ske cara dia speaking. sgt fasih. MUET (Malaysian University English Test) mungkin aku x yah amik lagi sebab aku da pnah amik ms kat matrik melaka dulu.. dulu aku dpt band4.. so dia ckp klu aku rs nk dptkan band 5 atau 6, amik la lagi sekali. xpe la sir. aku rs aku da cukup puas hati dgn result tu.. ha.. lupe nk bgtau.. gred utk MUET nih bermula dr band1 hingga band6.. so, even korang x dtg utk test tu sekali pun, da dpt band1... tapi band yang paling elok kne dapat mesti la band3 dan ke atas. band3 kira mcm average level.. papehal pun, aku kne pegi matrik aku balik utk dapatkan slip result tu.. kalau x, tpaksa la amik lagi skali.. huhu..


Secondly, Ms. Elaine Lee.. Lec yang sporting dan pandai buat lawak.. haha.. tapi aku dapat rasekan yang dia sorg yang serius.. walaupun dia slalu buat lawak, jangan perkecilkan dia.. silap2 ade yg kne carry nnt..


Sem ni aku akan amik Working Drawing ngan dak sem 3.. haha.. semoga kedatangan aku diterima.. nsb baik aku knal budak2 tuh.. xde la rs asing sgt nnt... hehe..

semoga aku dpt habiskan sem terakhir ni ngan cemerlang... =))


Wish me luck!

Sunday, December 5, 2010

NTAH APO-APO NTAH (PART III)

Kalau review balik part I and part II, sumenyer cite psl kisah silam aku.. ni la kenangan yang aku xkan lupekan sampai bila-bila.. seronok sebanarnye tulis blog nih.. macam tulis diari.. bezanya ni diary yang dipublish.. so, ayat kne tapis la cket an.. jangan main sedap jari je menaip.. haha.. kang x pasal2 kne banned lak ngan kawan2.. at least kne jujur.. xyah tulis detail2 pun xpe.. janji masing2 paham.

Jam sekarang da 5.53am.. aku x tido dari tadi.. sibuk lak chat n kumen mengumen kat facebook.. seronok kumen2 nih.. at least, aku dpt hargai kat kwn2 fb.. bia x kenal.. tapi niat nk berkawan.. ble diorang rs ok ngan kita, xde la was2 nak knal lbih rapat kan? so, jangan la sombong sangat dgn kawan yang beribu-ribu tuh kalau x reti mengumen balik... stakat nih, sume kwn2 fb aku x sombong.. sume baik2 belaka dan x membezakan kwn fb dgn kwn realiti.. tengs yea mane yang rapat ngan aku tu.. aku hargai sgt persahabatan kita wlaupun kita cuma knal kat fb.. haha.. kekadang tergelak aku bace kumen2 yang mengarut.. tp bgus gak.. at least kita respon dgn situasi semasa kwn2 fb kita... lagi satu, aku ni kaki 'LIKE' yang tegar.. sume status aku like... hahaha

Aku sebenarnye xde ape nk tulis pagi2 buta nih.. mata pun da berair menahan ngantuk.. nsb baik jap lg klas kul 2 pm.. leh la aku tdo kjap.. haha..

Aku tutup topic nih dgn ucapan terima kasih pada yang membaca... thanks pada yang banyak bg kumen2 positif kat aku.. bersemangat jugak la kan ble nk tulis blog.. haha (^_^)

THANKS~

p/s: ptg karang 1st klas utk sem terakhir aku ni.. malam nnt kompem ade story.. tggu je la yea? chow~
 

Saturday, December 4, 2010

NTAH APO-APO NTAH (PART II)

Haha.. xde ape pun.. just nk kongsi ckit.. aku sebenarnye jealous ngan budak2 skarang nih... hari2 hang out.. hari2 hang out.. PERGH... best giler.. xpe la.. duit ade, sume buleh buat.. haha.. yang penting, pandai jaga diri.. 


Zaman sekolah aku dulu camni gak... seronok sangat... hari2 blh hang out.. PERGH.. memang seronok.. nih time aku stay puchong dulu.. kalau blh hari2 nak turun kl.. sanggup naik bas tuh.. haha.. merayau smpai lupa nk makan.. ade duit lbih mula la nk tgk wayang... lps tgk wayang, main bowling.. dulu kitrang x biase g karaoke cam budak2 sekarang... yelah,  sekarang ni je korang leh jumpe tmpat karaoke yang melambak-lambak.. lagipun, time aku bergiat aktif merayau nih ms aku form 2 & form 3.. 


Masa aku form 4, aku da pindah kat seremban.. ms ni pun tempat yang ade cume terminal 1.. masa nih aku da jarang hangout macam kat puchong dulu.. kawan2 aku baru kenal.. yang aku kenal pun ms aku blaja kat SMK Pendeta Zaba dan SMT Tuanku Jaafar.. bezanya, ms ni la aku da mula terjebak dalam bercinta... 


Ms aku darjah 6 sampailah aku form 2, aku ade minat kat sorg budak nih, Azliatul.. aku ingat lagi camner muka dia.. bese la.. cinta monyet.. memang x sampai ke mana... sb ms form 2, dia da pindah sabah.. sebenarnye, sejak aku sekolah rendah, sampai la aku form 3, aku  ade kawan baik, Nadzatul Shima.... nama yang aku xkan lupakan sampai bila2... banyak sgt kenangan time nih... yang paling dasyat, mase aku form 2, 02-20-2003.. aku kemalangan teruk.. koma selama 2 minggu.. waaaa.. aku xdpt bygkan keadaan aku ms tu.. aku ingat lagi ms Najiha dan Shima dtg melawat aku... ms tu aku sparuh sedar.. kawan2 lain yang datang, aku hargai sgt2.. TERIMA KASIH... terharu wooo... yang paling best, member2 chinese aku kat SMK Seksyen 1, Bdr Kinrara... diorang buatkan 1000 origami burung dgn harapan aku cepat sembuh.. (T_T) aku syg sgt2 kat korg... sampai sekarang aku still simpan hadiah korg dalam kotak yang korang bg skali tu... 


Masa kat sekolah teknik, aku sangat bergiat dalam akyiviti mlukis... haha.. hobi yang aku xleh tinggal.. especially bile aku ade member skelas yang suka mlukis macam aku.. pesaing aku, Amirul Syakirin... masing2 ada style yang tersendiri.. seronok woo.. kalau bukan sebab dia, aku mesti jarang mlukis...


Ok... tutup cite zaman sekolah... sekarang masuk cite ms aku kat Kolej Matrikulasi Melaka (Londang)... masa kat sini aku ade ramai kawan yang dari macam2 background... Faris, room mate aku yang kaki game.. sume game yang dia beli original.. siap order kat butik lg.. butik ape ntah aku pun x tau... wlaupun kaki game, still score dlm exam.. gile ah.. Razif a.k.a Ajib.. room mate aku jugak.. amik sains fizikal.. tapi bukan satu kuliah ngan aku.. kira blh masuk kepala gak ah especially bab study.. room mate yg paling rapat, Vincent.. geng 183 aku yang sgt baik dlm segala hal.. masa kat matrik, aku sgt rapat dgn chinese... yang paling rapat ngan aku, geng 183 dan 7flowers... mane taknye, kitorang siap adakan markas untuk study dan lepak.. diorang xpernah bezakan aku wlaupun aku ni melayu.. diorang siap ajar aku mandarin.. sebab tu la sekarang ni aku da blh ckp mandarin dgn orang lain.. biasanya, diorang akan ckp mandarin dulu, pastu diorang translate melayu.. so, senang la aku nk blaja kan? 


Kenangan paling best ms matrik? mestilah ms Pesta Tanglung... best giler sebab ms mlm ni la aku buat performance.. aku nyanyi lagu cina sambil berduet dgn kwn aku.. tajuk lagu tu, WO KE YI.. atau dlm bahasa melayu dia, SAYA BOLEH.. haha.. wlaupun suara x sedap, diorang tetap bagi sokongan kat aku... korang memang BEST! 


Aku selalu sambut birthday dgn kwn2 chinese aku ni... seronok sgt! makan sama-sama... dan enjoy sama-sama... stp kali ada event yang ada makanan, diorang akan asingkan makanan yang halal dan haram. aku x was2 makan sebab aku memang percayakan diorang... pernah sekali kitorang pech masuk kat faculty science dan sambut birthday kat situ.. seronok gila main belon air n tepong.. haha.. bile ade guard datang, sume menyorok.. nsb baik x kantoi.. memang best la malam tu... ms kejadian, dari kul 1 sampai 4 pagi... bila ada ms lapang, kitorang selalu buat steamboat sama2... pasal bahan, memang aku x risau sebab aku join sekali ms beli.. so, 100% halal..


Sampai la saat aku habis blaja kat matrik... sedih gila sebab kena berpisah dgn 183 dan 7flowers.. sume bagi hadiah kat aku... waaaaaa... sedihnyer... (T_T) aku xkan lupakan korang sampai bila-bila..






p/s: sori kalau ayat berterabur.. bese la.. da ngantuk.. tggu sambungan PART III pulak... haha

Friday, December 3, 2010

NTAH APO-APO NTAH

Aku baru perasan yang sepanjang aku tulis blog ni aku asyik cite pasal awek, single, single dan awek. haha.. ntah apo2 ntah.. status2 yang kuar kat fb aku memang banyak bg pengaruh kat aku utk tulis blog... haha.. ragam fb.. bese r... in relationship, single, couple, macam2 la.. kekadang orang yg sama bt status yang lain2.. aku pun da pening.. huhu... da2.. stop cite pasal nih... =.="

Sekarang kita bercerita pulak pasal kawan.. haha.. ni baru besh... aku ade ramai kawan.. kalau dikira sejak sekolah dulu, sampai la sekarang, ntah berapa ntah.. xpenah kira...yang paling banyak bg kenangan kat aku, ms duduk puchong... haaaa.. sini la tempat aku membesar.. dr darjah1 sampai la tingkatan3.. aku bersekolah kat Sek.Keb.Bukit Kuchai, SMK Seksyen 1 Bdr Kinrara.. ni skola aku ms kat puchong r... Penah gak sekolah kat Sek.Keb. Puchong Jaya.. tapi sekejap je... ramai kwan2 yang aku masih ingat mase nih... antara yang aku masih ingat, Ili Aqilah, Nadzatul Shima, Emilia, Syahid, Ridauddin (id), Zairi, Zulhelmi, Zulhairi, Faizal, Muhendran, Faiz, Ikhwan, Syed, Khairul Muqiit, Syafiq Rosli, Nabila, Erna, Puteri, Che Wan Puteri, Azliatul, Nasiha, Sazuuin, Hakimi, Atiqah Hanani, Najiha, Angelina, Christine, Raechel, Lim Sook Fun, Lim Li Teng, Lim Mun Yuen, Sua Hui Yoong, Tan Su Mei, Glaydys Cheong, Ho Yu Joe, Khor Soon Keat, Shannon, Rodney, Eng Puay Yong, Mahalaksmi, Thivagar, Desmond, Alvin, Ijat, Fauzi, Zaid, Khairul Nizam, Aifaa, Amirul Syakirin, Shuwari, Salihin, Harith dan ramai lagi la... aku da x larat nk senaraikan.. sori yer klu aku x mention name korg.. (-_-)


Banyak weyh kenangan ms nih... macam2... aku nak cite pun macam banyak giler.. haha.. bengang je an.. lek ah.. kenangan yang manis tu aku tetap simpan dalam ingatan aku.. slagi x rosak memory card nih, aku xkan lupekan korang..


Friends forever beb!

Jangan terpinga2 kalau aku tegur.. dan jgn wat xtau lak bila korg nampak aku... percaya kat instinct korang.. kalau korg rase tu aku, ko tegur la.. aku x makan korang punyer..


sambung lagi kat Part II (^_^)

SINGLE

SINGLE. status terbaek wat ms nih.. banyak kebaikannye. bkn bermakna kita ni x laku. tapi ni la jalan yang terbaek dari hati disakitkan atau menyakiti hati orang lain. mmg kita akan cemburu bila tgk couple lain, tapi kita kena sedar yang kita pun ada orang lain yang menyayangi kita dan ambil berat psl diri kita. itulah gunanya kawan.. memang ada kawan yang sejati.. dan ada jugak kawan yang banyak muka. depan kita lain, blakang kita, jaja cite pasal kita.. tapi, mulut orang. diorg blh ckp pape pun pasal kita. kalau cite yang x baik tuh, redha je la. jgn cepat mlenting kalau cite buruk tu sampai kat kita.. buat bodo je lg baik. orang akan menilai kita dgn apa yang mereka nampak. kalau buruk perangai kita, cite yang buruk lagi cepat tersebar. so, rilek je..


SINGLE bukannye satu masalah. bahkan bila SINGLE la kita blh focus dkt keje yang kita buat.. kalau student, blaja la elok2. gunakan duit yang mak dan ayah kita bg tu untuk study dan bukan untuk dating. ble dah masuk IPTA atau IPTS, jangan la menghabiskan duit PTPTN atau scholarship yang korang dapat untuk insan yang bergelar awek atau balak. sia2 je.. ble da clash nanti diorang memang xkan bg balik duit tuh walaupun diorang pinjam. ayat memang manis. mane2 pasangan kompem cair... nk buat camner kan? ats dasar cinta yang tengah membuak2, sume blh pinjam. sampaikan ada yang x de maruah sanggup serahkan badan demi orang tercinta.. bodohnye orang yang macam nih.


sesiapa yang single tu akan faham keseronokan berstatus SINGLE nih. tapi kena la single 6 bulan dan ke atas. baru rs seronok. haha.. enjoy la dgn kwn.. dan kluar la ngan sape pun yang korg suka ms status SINGLE nih sebab xde orang yang akan cemburu. orang yang dengki mungkin ramai.. tapi, rilek je la. ni life kita, so sukahati kita r... hohoho~~~




p/s: aku nih cakap je lbey.. aku pun cair gak kalau ade gurl yang goda aku.. haha

Thursday, December 2, 2010

NEW

Semestar baru.. subjek baru.. junior baru.. sumer baru.. haha.. aku baru je lps daftar modul.. nsb baik sume ok... sekarang xtau nk wat ape dah.. jam baru kul 4.30pm.. kul 5.30 karang aku nk balik seremban.. nak amik sume harta benda aku.. hari ahad baru balik PD.. Umah sewa aku? kat lorg 28.. klu dgr nombor tu, kpale otak mesti pk, "pergh, jauh tu..". sebenarnye x pun.. ade jalan short-cut.. sm je mcm aku ddk kat lorg 6 dulu.. lek ah.. bawak moto.. bkn jalan kaki.. haha..


Umah lame aku dulu dah disewa oleh skumpulan budak pompuan (junior) yang molek2 belaka.. ade sorg tu muka mcm laura.. ala.. cite upik abu & laura tu la... haha.. totally cute.. xpe2.. nsb baik aku ade prinsip aku sendiri.. ms kat kdai makan malam smalam la aku perasan budak tu.. yang bestnye, aku jadi penceramah kat kdai mkn tu.. ceramah kawan2 aku je.. tajuk dia? kenapa couple tu diharamkan dalam Islam dan kenapa kita kena single.. bukan nak banned couple2 sekarang.. tp just berkongsi pendapat.. macam2 cite la kuar.. bese la.. duduk kat kadai makan.. kompem la borak.. x kan makan je.. haha.. 


aku tgh boring sebenarnye.. sje je post ape yang jadi semalam dan hari ni.. malam ni kalau ade topic, aku post yea.. bc la puas2.. 


aku nak tido jap.. ngantuk lak rasenye.. jap lagi nak balik seremban.. tu pun kalau x hujan...


adios~

Tuesday, November 30, 2010

GOING BACK

Hari ni mula la sesi packing memacking.. dengan usaha yang bersungguh-sungguh, aku akan kemas bilik aku.. haha.. tapi cam malas je.. dlm kpale asyik fikir nak tdo... seremban da gelap.. petang2 camni la hujan turun dgn suka ria.. huuuuaaarrrgghh.. nk taip pun aku da menguap.. ape daaa.. 


Perasaan bercampur baur sekarang.. hepi sb result sem lps sume lulus.. yang sdihnyer, pointer turun.. (T_T) takpe syuk.. ko tinggal satu sem je lagi.. mudah-mudahan aku blh grad dgn kwn2 sekelas aku.. azam kali ni sm je dgn azam sebelumnya.. harap2 kali ni azam aku menjadi. kira azam tahun baru la sebab memang da nk msuk tahun baru.


Perancangan aku... kalau aku habis diploma seni bina nih, aku harap aku dapat sambung terus utk ambil degree kat mane2 U... universiti pilihan aku, UTM atau UiTM... mungkin makan masa dalam 4 tahun.. dapat degree, barulah boleh kerja dan start fikir pasal cari calon isteri... haha.. plan aku la.. aku berkemungkinan besar kawin ms umur aku hampir mencecah 30.. mungkin 28 atau 29.. sebab aku nak bg adik2 aku lps blaja dulu.. pastu baru la boleh fikir pasal hidup aku. semoga cita-cita aku untuk menjadi arkitek tercapai.. 


Kalau nak diikutkan, memang lambat lagi utk aku fikir pasal kahwin. tapi, ini hakikat yang aku x boleh tolak. bkn fikir pasal sape calon isteri aku, tapi fikir pasal kos2 nk kahwin nanti.. bayangkan, kalau umo aku da 28 dan da ade calon untuk dijadikan isteri, aku kne prepare duit double dari jumlah hantaran.. misal kata hantaran 15 ribu, aku kena ada 30 ribu dalam bank aku. kenapa? termasuk duit hantaran, 30 ribu tu nanti la yang akan jadi duit untuk aku cari rumah, beli perabot dan sebagainya. duit sekarang ni macam air.. kalau blh aku x nak bergantung kat duit parents aku sebab ni rumah tangga aku. rumah tangga yang aku akan bina dengan duit hasil titik peluh aku sendiri.


X salah kalau x nak fikir pasal kahwin. tapi seeloknya, kita kena ada preparation dari sekarang. Simpan la duit kat ASB ker.. buat pelaburan jangka panjang ker.. sebab ni akan memudahkan hidup nanti. kalaulah aku ada awek sekarang nih.. mesti aku banyak melabur kat dia.. korang sendiri tahu mcmane idup sebagai lelaki. btul gak cakap mak aku.. mak aku cakap, "sekarang bukan masanya nak bercouple2.. ko blaja elok2.. dapat keje elok nanti, ade duit, pompuan datang cari ko..". mula2 memang aku x setuju dgn nasihat mak aku.. alasan aku, " mak, pompuan yang datang tu mesti stok pisau cukur.. habis la duit along nanti..". haha.. memang betul.. tapi kalau difikirkan balik, nasihat mak aku tu dalam isinya.. bila dah melangkah ke alam dewasa ni, baru la aku paham.. budak2 memang x kan fikir benda ni.. yang diorang tau, couple, enjoy, dan habiskan duit mak bapak.. 


Percayalah..kalau ada yang couple dan niat utk suka-suka, rosak aqidah nanti.. memang ke arah maksiat.. tapi kalau yang betul2 ikhlas dan memang berniat nak dirikan rumah tangga satu hari nant, insya-Allah semuanya akan berjalan dgn lancar..


Bagi aku, couple ni ada byk sebab.. antaranya :
1 - niat nak hilangkan bosan.. boring sebab tgk kwn2 sume ada pasangan masing2..
2 - sebagai langkah berjaga-jaga bagi seorang perempuan.. bila dia ada balak, lelaki lain mungkin xkan kacau.
3 - kemudahan.. untung jadi perempuan.. sebab terpengaruh dgn barat, bagi diorang, lelaki bertanggungjawab dalam semua benda.. gentlemen la kata kan.... makan ada orang belanja.. nak pegi kat mana2 je ada orang bawakkan.. bila boring ada orang temankan.. bila ada kerja lebih, ade gak orang blh buatkan.. ni la hakikat. mangsanya, mesti la boyfriend dia.. tapi yang sebaliknya pun selalu berlaku sekarang nih.. perempuan yang jadi gentlemen, lelaki jadi pisau cukur.. girlfriend pun ada yang jadi mangsa lelaki.
4 - kepala otak fikir maksiat je.. asal dapat yang bergetah, sume tempat ko pegang.. masing2 rela.. maruah ntah ke mana, agama letak jauh-jauh.. baik yang lelaki, baik yang perempuan.. sama je.
5- tak kenal diri sendiri.. kasih berbelah bagi.. ni stok player.. kejap kapel ngan ni.. kejap kapel ngan tu.. ms kapel pun blh lagi bermesra-mesra ngan orang lain.. ish3..
6- xde istilah couple.. bercinta untuk dirikan rumah tangga yang direstui parents dan diberkati Allah swt.. mampu berfikiran matang.. setiap masalah dikongsi bersama.. bila senang x pernah lupa orang sekeliling.. jauh dari maksiat.. focus dgn apa yang sedang dikerjakan.. x kisah la study atau keje.. x menyusahkan pasangan.. memahami dlm setiap keadaan dan tak pernah lupa kawan ..


ni je la kot sebab-sebab yang aku tahu.. kalau salah, maafkan aku yer.. ni cuma pandangan aku terhadap couple yang ade sekarang nih.. insya-Allah aku akan maintain single macam yang aku ckp.. aku xnak kecewakan sesapa lagi dan aku xnak hati aku terluka lagi..
banyak risiko bila bermain dgn perasaan ni..
jauh menyimpang sebenarnye nih..tetiba lak cita psl couple.. haha..




adios... aku nak g swimming pulak..

Monday, November 29, 2010

AWEK



Bagi aku, single la yang terbaik.. aku blh keluar dgn kawan2 aku tanpa melukakan hati sesape. Tak kisah la, keluar berdua ke... berempat ke.. berpuluh ke... yang keluar dgn aku tetap kawan. manalah tahu kalau satu hari nanti Allah bukakan pintu hati aku dan si dia.. itulah jodoh bagi aku.. kalau kena masanya, Alhamdulillah... semoga Allah terangkan lagi jalan aku dan si dia ke jalan yang benar dan diredhai.. semoga dihindari dari segala perbuatan maksiat dan bahagia hingga ke akhir hayat.. ni harapan aku.. selain berjaya dalam kerjaya, aku nak jugak keluarga yang bahagia..


Nak diterangkan lagi, aku akan kekal single sampai masanya kelak. aku x mampu lagi nk menerima sesapa yang aku blh anggap sebagai calon isteri (bukan awek)..sb perjalanan hidup aku masih panjang.. study pun x habis lagi.. adik2 aku pun tanggungjawab aku.. insya-Allah bila aku da habis degree nanti, masa tu la baru aku cari.. ni ape yang aku plan.. bia Allah yang tentukan.. pilihan memang atas tangan aku.. tapi aku cuba mengelak dari melukakan hati sesapa ataupun hati aku sendiri.. cukuplah dengan apa yang aku lalui dulu.. da macam2 kerenah aku jumpa.. aku pun 2x5 je.. aku pernah jugak buat kesilapan.. manusia kan? biasa la.. xpe.. tu aku xyah cite.. pahamlah sendiri.. 


Memang betul.. pengalaman hidup yang mengajar kita utk jadi lebih matang.. banyak yang kita tempuhi, banyak ilmu yang kita dapat. aku tak rase kapel2 yang ada sekarang ni teruk.. cuma aku x suka bila dengar ada yang disakiti.. x kisah la lelaki atau perempuan.. kita memang x perasan apa yang kita buat.. tapi smpai satu masa nanti, percayalah.. benda tu akan tunjukkan kesan.. sama ada positif atau negatif, terletak dalam tangan kita sendiri.


Lagi satu, kalau aku nak kenal, aku akan approach terus.. xde de nak berselindung atau malu2.. mungkin ada yang kurang selesa.. tapi tu cara aku.. kalau x kena masa dan tempat, aku x la buat macam tu.. aku nk kenal utk dijadikan kawan dan x lebih dari tu. kalau dah betul2 kenal dan suka sama suka, tu lain cerita. tapi aku akan cuba elakkan bt masa sekarang.. Insya-Allah.. 


Aku tulis ni cuma untuk menerangkan sesape yang x berapa nak terang tentang diri aku. aku mengaku yang aku memang mudah mesra dgn sesapa je.. kalau sesapa yang buat kita hepi, kita mesti suka kan? haha.. sume orang pun macam tu.. yang penting, kita kena slalu bersangka baik dgn org sekeliling kita.. sambil aku pesan ni, aku pun pesan kat diri aku sendiri sebab aku yang menaip.. haha.. 


Ni cuma apa yang aku tulis.. kalau ade apa2 perubahan kat diri aku, maafkan aku.. sebab aku manusia... manusia blh berubah walaupun sesaat.. ini hakikat.. bkn main2.. Cuma aku berdoa agar aku ditemukan dgn pasangan yang kekal.. aku xnk rasa kecewa atau dilukakan lagi.. aku dah serik... semoga Allah terangkan hati aku dan sahabat2 aku yang sentiasa memahami dan membantu aku.. semoga kita semua ditemukan dengan jodoh yang boleh membantu kita untuk ke syurga.. amin....




"didalam Riyadahus Solihin,bab larangan melihat wanita,Rasullullah s.a.w bersabda,mata boleh berzina dengan melihat,lidah boleh berzina dengan bercakap,tangan boleh berzina dengan berpegangan,kaki boleh berzina dengan menuju ke arah tempat maksiat dan hati boleh berzina dengan merindui,mengingati dan membayangi pasangan"

Sunday, November 28, 2010

DAH MULA BALIK..

Thanks to my beloved friend , iffa najwa.. walaupun bkn ats permintaan dia, tapi sb dia la yg buat aku nk blukis balik.. ntah.. tangan aku gatal sgt ble aku tgk dia.. then, aku mintak permission kat dia utk lukis muka dia... dia bg green light (hehe.. thanks iffa!) mula2 mmg x jadi lgsg.. nmpak sgt da lame x mlukis.. haha.. bese la.. tangan da keras... tapi aku pakse gak utk mlukis.. beza dgn sketch bangunan atau perspektif, sb mlukis muka org ni, propotion mata, hidung, mata dan saiz dia mst tepat dgn ape yg kita tgk... aku ni bkn la expert dlm mlukis potret.. banyak lg yg aku kne blaja... mula2 pakai pensil la kan... tp ble da lame2 lukis, aku prasan yang propotion mata, hidung dan mulut dia lain.. haha.. x pasal2, kne padam.. tapi ble padam, lukisan btambah kotor.. sebab aku bknnye nk mlukis utk masuk pertandingan kan? just lukis utk suka2.. ape lagi, aku amik drawing pen aku, inking terus... better than aku pkai pensel sb nmpk kemas dan bersih.. hohoho..


Bile dah siap, aku post kat wall dia... waaaaa... hepinye dia.. aku pun hepi sb dia suka dgn drawing aku yg x seberapa tu... dia siap bt profile picture kat fb dia... =)) aku senyum sampai ke telinga.. aku hepi sgt ble ada org yg appreciate hasil kerja aku.. nk ckp blakang aku x kisah tapi aku tau yg iffa bkn pmpn jnis macam tu.. start dari hari tu, aku mula mlukis macam2 gmbar.. da mula balik macam era persekolahan aku dulu... klu dulu aku blh bt 50 lukisan sebulan, kali ni aku target lbih... hohohoho... hepi giler~~~






 ni drawing pertama yg aku bg.. lain gile kan?


ni drawing kedua.. ok la sikit..
janji aku puas hati..
hohoho

Saturday, November 27, 2010

3D....









memang cantik kan? harap aku pun leh bt camni.. haha.. jangan ingat yg kat ats nih aku punyer.. aku masih x mampu lg nk bt sehebat nih.. sebabnyer? aku ni malas nk explore software2 3d.. yang aku bese pkai pun cuma vray.. 3dmax aku pnah try dan hasilnye pun x la mengecewakan.. cukuplah bagi aku yang masih amature ni..papepun, aku kne gak pakse diri aku minat ngan bende2 nih.. klu x, ssh la aku nk bersaing kat universiti nanti.. klu sketches tu blh la.. tp orang sekarang lebih suka tgk 3d sebab cantik dan bende tu seolah-olah betul...
wish me luck.. smoga aku berjaya ms hadapan nnt..
gambate syuk!!






yang kat atas nih antara hasil kerja aku ms sem 5 untuk projek 3d autocadd. Tapi aku ade touch up skit guna software 3dmax dan photoshop.. masih banyak lagi yang aku perlu belajar..
huhu... ni pun banyak masa aku habis sebab nk render..

Thursday, November 25, 2010

F.R.I.E.N.D.S

       Aku sgt suka berkawan. Bagi aku, kawan merupakan peneman sepanjang hidup. Mereka dtg dan pergi sepanjang hayat kita. Ms hepi bersama, ms sedih dia la tempat utk luahkan perasaan. Bersangka baik sesama kawan penting sangat utk elakkan salah faham. Yelah, even adik beradik pun boleh bergaduh ni kan pulak kawan. 
      Kalau dikenang balik zaman sekolah dulu, terasa rindu sgt. Sebab ms tu kita semua tgh membesar. Pengalaman suka dan duka mmg byk dialami ms tu. Aku masih simpan lagi kenangan2 yang kawan aku bagi. Gambar, kad birthday, kad raye and even surat2 cinta yang pernah aku terima dulu. Bila aku tgk balik semua tu, aku tergelak sendiri.. Kadang2 aku pernah menangis sebab rindu kat kawan2 aku.. Kawan yang membesar dgn aku, pernah bertepuk tampar, bergurau dan macam2 lagi.
     Bila masuk ke IPTA, aku da jumpa macam2 ragam manusia. Macam2 jenis. Aku hepi dgn kehidupan aku sekarang. Walaupun ada yang x anggap aku ni baik, aku tetap redha dan xpernah ambil peduli pasal tu. Aku gembira dgn kawan2 sekelas aku dan kawan2 yang lain yang sentiasa membantu aku. Thanks..
     Aku paling ske pegi kem polibridged. Sebab mase tu la aku blh lepak ngan kawan2 aku dan kenal ngan adik2 sem 1. Haha.. Seronok bile dapat buli diorang. Bukan buli saje2 yea.. Tp kitorg (faci) just nak disiplinkan adik2.. So, jangan la simpan dalam hati kalau dibuli yea.. =)
    Workshop Architecture..  Event yang memang aku x pernah lepaskan sejak aku sem 2.. Seronok sangat!! Selain blh dpt kawan baru dari semua IPTA dan IPTS, aku gak berpeluang belajar macam2. Dapat berkongsi idea, dapat belajar skill baru, dapat kenal sistem pembelajaran setiap U dan macam2 lagi la. 
    Pusat Akuatik Paroi... Satu lagi tempat yang selalunya aku dapat kawan baru dan selalunya x sebaya dgn aku. Ada budak sekolah, doktor, cikgu dan ramai lagi la. Aku biasenya akan habiskan petang aku kat kolam renang. Biasanya dari pukul 5 pm sampai 7.30pm.. Seronok berenang dgn kawan2. Hilang rasa penat sebab aku akan hbs kan 1000m atau 20 round kat kolam 50m (standard size la). Sambil2 berenang, aku dpat releasekan tension dan dapat excercise sb aku mmg nk mls joging.. haha.. Kadang2 aku amik upah jadi life guard ble aku da boring sgt duk umah.. Aku sangat suka mengajar. Kalau ade kawan2 yang nak belajar swimming, join la sekali. xde cas pun.. Lagipun, swimming ni sgt baik utk kesihatan. Benda yang baik kan? So, buat ape nk simpan.. Sharing is caring maa.. haha..
    Sampai sini je la. Nnt free aku sambung lagi.. Adios~



KEM POLIBRIDGED