Tuesday, November 30, 2010

GOING BACK

Hari ni mula la sesi packing memacking.. dengan usaha yang bersungguh-sungguh, aku akan kemas bilik aku.. haha.. tapi cam malas je.. dlm kpale asyik fikir nak tdo... seremban da gelap.. petang2 camni la hujan turun dgn suka ria.. huuuuaaarrrgghh.. nk taip pun aku da menguap.. ape daaa.. 


Perasaan bercampur baur sekarang.. hepi sb result sem lps sume lulus.. yang sdihnyer, pointer turun.. (T_T) takpe syuk.. ko tinggal satu sem je lagi.. mudah-mudahan aku blh grad dgn kwn2 sekelas aku.. azam kali ni sm je dgn azam sebelumnya.. harap2 kali ni azam aku menjadi. kira azam tahun baru la sebab memang da nk msuk tahun baru.


Perancangan aku... kalau aku habis diploma seni bina nih, aku harap aku dapat sambung terus utk ambil degree kat mane2 U... universiti pilihan aku, UTM atau UiTM... mungkin makan masa dalam 4 tahun.. dapat degree, barulah boleh kerja dan start fikir pasal cari calon isteri... haha.. plan aku la.. aku berkemungkinan besar kawin ms umur aku hampir mencecah 30.. mungkin 28 atau 29.. sebab aku nak bg adik2 aku lps blaja dulu.. pastu baru la boleh fikir pasal hidup aku. semoga cita-cita aku untuk menjadi arkitek tercapai.. 


Kalau nak diikutkan, memang lambat lagi utk aku fikir pasal kahwin. tapi, ini hakikat yang aku x boleh tolak. bkn fikir pasal sape calon isteri aku, tapi fikir pasal kos2 nk kahwin nanti.. bayangkan, kalau umo aku da 28 dan da ade calon untuk dijadikan isteri, aku kne prepare duit double dari jumlah hantaran.. misal kata hantaran 15 ribu, aku kena ada 30 ribu dalam bank aku. kenapa? termasuk duit hantaran, 30 ribu tu nanti la yang akan jadi duit untuk aku cari rumah, beli perabot dan sebagainya. duit sekarang ni macam air.. kalau blh aku x nak bergantung kat duit parents aku sebab ni rumah tangga aku. rumah tangga yang aku akan bina dengan duit hasil titik peluh aku sendiri.


X salah kalau x nak fikir pasal kahwin. tapi seeloknya, kita kena ada preparation dari sekarang. Simpan la duit kat ASB ker.. buat pelaburan jangka panjang ker.. sebab ni akan memudahkan hidup nanti. kalaulah aku ada awek sekarang nih.. mesti aku banyak melabur kat dia.. korang sendiri tahu mcmane idup sebagai lelaki. btul gak cakap mak aku.. mak aku cakap, "sekarang bukan masanya nak bercouple2.. ko blaja elok2.. dapat keje elok nanti, ade duit, pompuan datang cari ko..". mula2 memang aku x setuju dgn nasihat mak aku.. alasan aku, " mak, pompuan yang datang tu mesti stok pisau cukur.. habis la duit along nanti..". haha.. memang betul.. tapi kalau difikirkan balik, nasihat mak aku tu dalam isinya.. bila dah melangkah ke alam dewasa ni, baru la aku paham.. budak2 memang x kan fikir benda ni.. yang diorang tau, couple, enjoy, dan habiskan duit mak bapak.. 


Percayalah..kalau ada yang couple dan niat utk suka-suka, rosak aqidah nanti.. memang ke arah maksiat.. tapi kalau yang betul2 ikhlas dan memang berniat nak dirikan rumah tangga satu hari nant, insya-Allah semuanya akan berjalan dgn lancar..


Bagi aku, couple ni ada byk sebab.. antaranya :
1 - niat nak hilangkan bosan.. boring sebab tgk kwn2 sume ada pasangan masing2..
2 - sebagai langkah berjaga-jaga bagi seorang perempuan.. bila dia ada balak, lelaki lain mungkin xkan kacau.
3 - kemudahan.. untung jadi perempuan.. sebab terpengaruh dgn barat, bagi diorang, lelaki bertanggungjawab dalam semua benda.. gentlemen la kata kan.... makan ada orang belanja.. nak pegi kat mana2 je ada orang bawakkan.. bila boring ada orang temankan.. bila ada kerja lebih, ade gak orang blh buatkan.. ni la hakikat. mangsanya, mesti la boyfriend dia.. tapi yang sebaliknya pun selalu berlaku sekarang nih.. perempuan yang jadi gentlemen, lelaki jadi pisau cukur.. girlfriend pun ada yang jadi mangsa lelaki.
4 - kepala otak fikir maksiat je.. asal dapat yang bergetah, sume tempat ko pegang.. masing2 rela.. maruah ntah ke mana, agama letak jauh-jauh.. baik yang lelaki, baik yang perempuan.. sama je.
5- tak kenal diri sendiri.. kasih berbelah bagi.. ni stok player.. kejap kapel ngan ni.. kejap kapel ngan tu.. ms kapel pun blh lagi bermesra-mesra ngan orang lain.. ish3..
6- xde istilah couple.. bercinta untuk dirikan rumah tangga yang direstui parents dan diberkati Allah swt.. mampu berfikiran matang.. setiap masalah dikongsi bersama.. bila senang x pernah lupa orang sekeliling.. jauh dari maksiat.. focus dgn apa yang sedang dikerjakan.. x kisah la study atau keje.. x menyusahkan pasangan.. memahami dlm setiap keadaan dan tak pernah lupa kawan ..


ni je la kot sebab-sebab yang aku tahu.. kalau salah, maafkan aku yer.. ni cuma pandangan aku terhadap couple yang ade sekarang nih.. insya-Allah aku akan maintain single macam yang aku ckp.. aku xnak kecewakan sesapa lagi dan aku xnak hati aku terluka lagi..
banyak risiko bila bermain dgn perasaan ni..
jauh menyimpang sebenarnye nih..tetiba lak cita psl couple.. haha..




adios... aku nak g swimming pulak..

Monday, November 29, 2010

AWEK



Bagi aku, single la yang terbaik.. aku blh keluar dgn kawan2 aku tanpa melukakan hati sesape. Tak kisah la, keluar berdua ke... berempat ke.. berpuluh ke... yang keluar dgn aku tetap kawan. manalah tahu kalau satu hari nanti Allah bukakan pintu hati aku dan si dia.. itulah jodoh bagi aku.. kalau kena masanya, Alhamdulillah... semoga Allah terangkan lagi jalan aku dan si dia ke jalan yang benar dan diredhai.. semoga dihindari dari segala perbuatan maksiat dan bahagia hingga ke akhir hayat.. ni harapan aku.. selain berjaya dalam kerjaya, aku nak jugak keluarga yang bahagia..


Nak diterangkan lagi, aku akan kekal single sampai masanya kelak. aku x mampu lagi nk menerima sesapa yang aku blh anggap sebagai calon isteri (bukan awek)..sb perjalanan hidup aku masih panjang.. study pun x habis lagi.. adik2 aku pun tanggungjawab aku.. insya-Allah bila aku da habis degree nanti, masa tu la baru aku cari.. ni ape yang aku plan.. bia Allah yang tentukan.. pilihan memang atas tangan aku.. tapi aku cuba mengelak dari melukakan hati sesapa ataupun hati aku sendiri.. cukuplah dengan apa yang aku lalui dulu.. da macam2 kerenah aku jumpa.. aku pun 2x5 je.. aku pernah jugak buat kesilapan.. manusia kan? biasa la.. xpe.. tu aku xyah cite.. pahamlah sendiri.. 


Memang betul.. pengalaman hidup yang mengajar kita utk jadi lebih matang.. banyak yang kita tempuhi, banyak ilmu yang kita dapat. aku tak rase kapel2 yang ada sekarang ni teruk.. cuma aku x suka bila dengar ada yang disakiti.. x kisah la lelaki atau perempuan.. kita memang x perasan apa yang kita buat.. tapi smpai satu masa nanti, percayalah.. benda tu akan tunjukkan kesan.. sama ada positif atau negatif, terletak dalam tangan kita sendiri.


Lagi satu, kalau aku nak kenal, aku akan approach terus.. xde de nak berselindung atau malu2.. mungkin ada yang kurang selesa.. tapi tu cara aku.. kalau x kena masa dan tempat, aku x la buat macam tu.. aku nk kenal utk dijadikan kawan dan x lebih dari tu. kalau dah betul2 kenal dan suka sama suka, tu lain cerita. tapi aku akan cuba elakkan bt masa sekarang.. Insya-Allah.. 


Aku tulis ni cuma untuk menerangkan sesape yang x berapa nak terang tentang diri aku. aku mengaku yang aku memang mudah mesra dgn sesapa je.. kalau sesapa yang buat kita hepi, kita mesti suka kan? haha.. sume orang pun macam tu.. yang penting, kita kena slalu bersangka baik dgn org sekeliling kita.. sambil aku pesan ni, aku pun pesan kat diri aku sendiri sebab aku yang menaip.. haha.. 


Ni cuma apa yang aku tulis.. kalau ade apa2 perubahan kat diri aku, maafkan aku.. sebab aku manusia... manusia blh berubah walaupun sesaat.. ini hakikat.. bkn main2.. Cuma aku berdoa agar aku ditemukan dgn pasangan yang kekal.. aku xnk rasa kecewa atau dilukakan lagi.. aku dah serik... semoga Allah terangkan hati aku dan sahabat2 aku yang sentiasa memahami dan membantu aku.. semoga kita semua ditemukan dengan jodoh yang boleh membantu kita untuk ke syurga.. amin....




"didalam Riyadahus Solihin,bab larangan melihat wanita,Rasullullah s.a.w bersabda,mata boleh berzina dengan melihat,lidah boleh berzina dengan bercakap,tangan boleh berzina dengan berpegangan,kaki boleh berzina dengan menuju ke arah tempat maksiat dan hati boleh berzina dengan merindui,mengingati dan membayangi pasangan"

Sunday, November 28, 2010

DAH MULA BALIK..

Thanks to my beloved friend , iffa najwa.. walaupun bkn ats permintaan dia, tapi sb dia la yg buat aku nk blukis balik.. ntah.. tangan aku gatal sgt ble aku tgk dia.. then, aku mintak permission kat dia utk lukis muka dia... dia bg green light (hehe.. thanks iffa!) mula2 mmg x jadi lgsg.. nmpak sgt da lame x mlukis.. haha.. bese la.. tangan da keras... tapi aku pakse gak utk mlukis.. beza dgn sketch bangunan atau perspektif, sb mlukis muka org ni, propotion mata, hidung, mata dan saiz dia mst tepat dgn ape yg kita tgk... aku ni bkn la expert dlm mlukis potret.. banyak lg yg aku kne blaja... mula2 pakai pensil la kan... tp ble da lame2 lukis, aku prasan yang propotion mata, hidung dan mulut dia lain.. haha.. x pasal2, kne padam.. tapi ble padam, lukisan btambah kotor.. sebab aku bknnye nk mlukis utk masuk pertandingan kan? just lukis utk suka2.. ape lagi, aku amik drawing pen aku, inking terus... better than aku pkai pensel sb nmpk kemas dan bersih.. hohoho..


Bile dah siap, aku post kat wall dia... waaaaa... hepinye dia.. aku pun hepi sb dia suka dgn drawing aku yg x seberapa tu... dia siap bt profile picture kat fb dia... =)) aku senyum sampai ke telinga.. aku hepi sgt ble ada org yg appreciate hasil kerja aku.. nk ckp blakang aku x kisah tapi aku tau yg iffa bkn pmpn jnis macam tu.. start dari hari tu, aku mula mlukis macam2 gmbar.. da mula balik macam era persekolahan aku dulu... klu dulu aku blh bt 50 lukisan sebulan, kali ni aku target lbih... hohohoho... hepi giler~~~






 ni drawing pertama yg aku bg.. lain gile kan?


ni drawing kedua.. ok la sikit..
janji aku puas hati..
hohoho

Saturday, November 27, 2010

3D....









memang cantik kan? harap aku pun leh bt camni.. haha.. jangan ingat yg kat ats nih aku punyer.. aku masih x mampu lg nk bt sehebat nih.. sebabnyer? aku ni malas nk explore software2 3d.. yang aku bese pkai pun cuma vray.. 3dmax aku pnah try dan hasilnye pun x la mengecewakan.. cukuplah bagi aku yang masih amature ni..papepun, aku kne gak pakse diri aku minat ngan bende2 nih.. klu x, ssh la aku nk bersaing kat universiti nanti.. klu sketches tu blh la.. tp orang sekarang lebih suka tgk 3d sebab cantik dan bende tu seolah-olah betul...
wish me luck.. smoga aku berjaya ms hadapan nnt..
gambate syuk!!






yang kat atas nih antara hasil kerja aku ms sem 5 untuk projek 3d autocadd. Tapi aku ade touch up skit guna software 3dmax dan photoshop.. masih banyak lagi yang aku perlu belajar..
huhu... ni pun banyak masa aku habis sebab nk render..

Thursday, November 25, 2010

F.R.I.E.N.D.S

       Aku sgt suka berkawan. Bagi aku, kawan merupakan peneman sepanjang hidup. Mereka dtg dan pergi sepanjang hayat kita. Ms hepi bersama, ms sedih dia la tempat utk luahkan perasaan. Bersangka baik sesama kawan penting sangat utk elakkan salah faham. Yelah, even adik beradik pun boleh bergaduh ni kan pulak kawan. 
      Kalau dikenang balik zaman sekolah dulu, terasa rindu sgt. Sebab ms tu kita semua tgh membesar. Pengalaman suka dan duka mmg byk dialami ms tu. Aku masih simpan lagi kenangan2 yang kawan aku bagi. Gambar, kad birthday, kad raye and even surat2 cinta yang pernah aku terima dulu. Bila aku tgk balik semua tu, aku tergelak sendiri.. Kadang2 aku pernah menangis sebab rindu kat kawan2 aku.. Kawan yang membesar dgn aku, pernah bertepuk tampar, bergurau dan macam2 lagi.
     Bila masuk ke IPTA, aku da jumpa macam2 ragam manusia. Macam2 jenis. Aku hepi dgn kehidupan aku sekarang. Walaupun ada yang x anggap aku ni baik, aku tetap redha dan xpernah ambil peduli pasal tu. Aku gembira dgn kawan2 sekelas aku dan kawan2 yang lain yang sentiasa membantu aku. Thanks..
     Aku paling ske pegi kem polibridged. Sebab mase tu la aku blh lepak ngan kawan2 aku dan kenal ngan adik2 sem 1. Haha.. Seronok bile dapat buli diorang. Bukan buli saje2 yea.. Tp kitorg (faci) just nak disiplinkan adik2.. So, jangan la simpan dalam hati kalau dibuli yea.. =)
    Workshop Architecture..  Event yang memang aku x pernah lepaskan sejak aku sem 2.. Seronok sangat!! Selain blh dpt kawan baru dari semua IPTA dan IPTS, aku gak berpeluang belajar macam2. Dapat berkongsi idea, dapat belajar skill baru, dapat kenal sistem pembelajaran setiap U dan macam2 lagi la. 
    Pusat Akuatik Paroi... Satu lagi tempat yang selalunya aku dapat kawan baru dan selalunya x sebaya dgn aku. Ada budak sekolah, doktor, cikgu dan ramai lagi la. Aku biasenya akan habiskan petang aku kat kolam renang. Biasanya dari pukul 5 pm sampai 7.30pm.. Seronok berenang dgn kawan2. Hilang rasa penat sebab aku akan hbs kan 1000m atau 20 round kat kolam 50m (standard size la). Sambil2 berenang, aku dpat releasekan tension dan dapat excercise sb aku mmg nk mls joging.. haha.. Kadang2 aku amik upah jadi life guard ble aku da boring sgt duk umah.. Aku sangat suka mengajar. Kalau ade kawan2 yang nak belajar swimming, join la sekali. xde cas pun.. Lagipun, swimming ni sgt baik utk kesihatan. Benda yang baik kan? So, buat ape nk simpan.. Sharing is caring maa.. haha..
    Sampai sini je la. Nnt free aku sambung lagi.. Adios~



KEM POLIBRIDGED






























Wednesday, November 24, 2010

MOSQUE PANTAI CAHAYA NEGERI



PROPOSED MOSQUE AT PANTAI CAHAYA NEGERI, PORT DICKSON 






















saje main2.. haha

lepas crit punyer crit, ni la yg mampu aku hasilkan.. bese je.. aku masih kne banyak blaja lg... x mampu nk bt lebih2.. ni pun sebab keje last minute.. haha.. bese la an.. malas nk explore lbih2..
harap aku mampu bt yg terbaik utk main project sem 6 nnt.. insya-Allah..



akhirnya!

Haha..Baru la siap blog nih.... Da lame nk bt.. Tp asyik sekerat jalan je.. Ni pun lps tgk blambak2 blog... Tu la, mcm besh jer... huhu... Papepun, aku just nk kongsi pengalaman yg pnah aku lalui.. X kisah la dr segi study ker... Idup ker... Ataupun dlm pcintaan...

Ok! Bia aku pkenalkan diri aku... 
~Name yg parents aku bg, Muhammad Syukri b. Shahruddin.
~Burfday, 1st februari.. Zodiak, aquarius.
~Anak sulung dr 5 org... 
~Ayah aku org Singapore dan mak aku org Negeri Sembilan.
~Aku dilahirkan kat Tampin, N.9.. Membesar kat Puchong tapi sekarang menetap kat Seremban.
~Suke gile makan mknn pedas.. Kalau aku singgah kedai, mesti order nasi goreng kampung pedas telur mata separuh masak. Haha.. Lauk fav, daging salai masak lemak cili api dan ikan pari ~masak asam pedas...
~Suka gila mlukis..
~Suka swimming
~Suka men game

Kalau nk tanye pape leh g kat link ni..
ieneslo

Aku da x sempat nih.. nk g swimming kat pusat akuatik paroi...

Bye!